Monday, March 28, 2011

KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH








Saudara/saudari Yang Di Rahmati, Syukur Alhamdulillah setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Human Capital TM, mengenai pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan Prestasi untuk Anggota Bukan Eksekutif mulai tahun 2011 dan Struktur Gaji baru serta Career Path, di perturunkan keputusannya. KGT Bagi yang masih belum maksimum (Gaji Mati) pengiraan KGT adalah kombinasi antara kadar tetap dan peratusan ke atas gaji. Harus di ingatkan, pemberian KGT dalam bulan Januari 2011 adalah atas dasar 3% ke atas mid point. Dengan yang demikian, bagi pekerja yang berada di tahap 2,3, & 4, pengiraan KGT tambahan adalah seperti di "attachment" dan ianya akan berkuatkuasa mulai 01.01.2011. Struktur Gaji Baru Mulai bulan April 2011, Struktur Gred Baru adalah seperti di "attachment". Dengan pelaksanaan Gred Baru, Struktur Gaji (Salary Structure) turut berubah. Sila lihat "attachment". Bagi pekerja yang berada di tahap maksimum (Gaji Max) Struktur Gaji Baru bakal memberi nafas baru kepada anda semua. Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai KGT dan Struktur Gaji Baru, sila bersabar dan nantikan ketibaan Pegawai-Pegawai dari Group Human Capital TM dan NUTE di tempat saudara/saudari untuk sesi penerangan. Catitan: Pengerusi/Setiausaha Cawangan sila panjangkan maklumat ini kepada AJK masing-masing. Sekian, Salam Hormat.






No comments:

Post a Comment