Tuesday, March 29, 2011

MBN Selangor di Wisma Telekom Shah Alam

selamat pagi, Semua AJK telah menghadiri mesyuarat Majlis Bersama Negeri di tkt 2 bilik mesyuarat dan telah membincangkan isi isu berbangkit

Monday, March 28, 2011

borang keahlian nute

Kepada semua anggota bukan nute di sekitar kawasan petaling jaya Sila dapatkan borang kemasukan ahli dihttp://www.nute.com.my (Resource). Sokongan pihak tuan/puan amat diperlukan untuk memantapkan cawangan Nute Cawangan Petaling Jaya.Sokongan pihak tuan/puan sangat di hargai Terima kasih

TABUNG BANGUNAN NUTE


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Di dalam kita melangkah ke hadapan yang di penuhi ruang dan peluang serta cabaran di Telekom Malaysia dan anak-anak syarikatnya, adalah amat penting kesatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan logistik yang utuh. Pelancaran Tabung Bangunan bagi penambahbaikan Wisma NUTE di atas tapak sedia ada (Lot. 180, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur) apabila siap nanti, di harap dapat menyediakan kemudahan jangka panjang kepada generasi kepimpinan akan datang. Bangunan Wisma NUTE yang di beli pada tahun 1979 adalah merupakan "Double Storey Shoplot". Ia kini menempatkan Ibu Pejabat NUTE dan mempunyai kemudahan yang serba sederhana bagi mengadakan mesyuarat dan kursus/latihan kesatuan sekerja. Jesteru itu Exco telah membuat keputusan untuk menaikkan satu tingkat bagi tujuan melengkapkan Bilik Mesyuarat/Latihan. Ianya sekaligus dapat menyelesaikan masalah bumbung bangunan yang tidak dapat menampung air hujan ketika hujan lebat di mana ianya akan membasahi ruang pejabat. Oleh itu secara simbolik kita ingin menyeru kepada ahli-ahli NUTE agar dapat menyumbang sebiji batu bata yang sama jumlahnya dengan RM 20.00 bagi tujuan di atas. Bersama-sama ini di sertakan Surat Akuan membenarkan TM memotong RM 20.00 dari Bonus 2010 yang akan di bayar pada penghujung bulan April 2011. Sumbangan anda amat besar ertinya di dalam kita menyediakan tapak yang kukuh bagi pemimpin masa kini dan akan datang, memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli dan mengujudkan hubungan harmoni di antara pekerja dan pihak pengurusan kumpulan TM serta anak syarikat. Sila kembalikan Surat Akuan melalui fax ke nombor 03-22821015 atau email ke mdjafar@tm.com.my atau di serahkan kepada Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk sampai ke Ibu Pejabat NUTE pada atau sebelum 04hb. April 2011. Bagi yang ingin memberi sumbangan tambahan boleh berbuat demikian dengan membuat bayaran terus "Bank In" ke Akaun Maybank 514253503628.

Sekian, Terima Kasih. MOHD JAFAR ABD. MAJID Presiden NUTE

KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH








Saudara/saudari Yang Di Rahmati, Syukur Alhamdulillah setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Human Capital TM, mengenai pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan Prestasi untuk Anggota Bukan Eksekutif mulai tahun 2011 dan Struktur Gaji baru serta Career Path, di perturunkan keputusannya. KGT Bagi yang masih belum maksimum (Gaji Mati) pengiraan KGT adalah kombinasi antara kadar tetap dan peratusan ke atas gaji. Harus di ingatkan, pemberian KGT dalam bulan Januari 2011 adalah atas dasar 3% ke atas mid point. Dengan yang demikian, bagi pekerja yang berada di tahap 2,3, & 4, pengiraan KGT tambahan adalah seperti di "attachment" dan ianya akan berkuatkuasa mulai 01.01.2011. Struktur Gaji Baru Mulai bulan April 2011, Struktur Gred Baru adalah seperti di "attachment". Dengan pelaksanaan Gred Baru, Struktur Gaji (Salary Structure) turut berubah. Sila lihat "attachment". Bagi pekerja yang berada di tahap maksimum (Gaji Max) Struktur Gaji Baru bakal memberi nafas baru kepada anda semua. Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai KGT dan Struktur Gaji Baru, sila bersabar dan nantikan ketibaan Pegawai-Pegawai dari Group Human Capital TM dan NUTE di tempat saudara/saudari untuk sesi penerangan. Catitan: Pengerusi/Setiausaha Cawangan sila panjangkan maklumat ini kepada AJK masing-masing. Sekian, Salam Hormat.






Persidangan Perwakilan TriTahunan Luarbiasa MTUC

Wakil Nute Cawangan Petaling Jaya seperti bawah: 1. Rajakumar Supramaniam 2. Alam Shah 3. Zulfa Ketiga AJK di pilih untuk mewakili NUTE ke Persidangan tersebut pada 27hb Mac 2011 (AHAD) 10.00 pagi di Tingkat 7 Wisam MTUC 10-5 , Jalan USJ 9/5T Subang Jaya Selangor

Teamwork Towards High Performance” Workshop

Teamwork Towards High Performance” Workshop in Genting View Resort on 23rd, 24 & 25th Mar 2011 Seramai 16 orang AJK dan Ahli Nute Cawangan Petaling Jaya telah menghadiri program tersebut yang di adakan pada 23hb hingga 25hb Mac 2011 Gambar-gambar dan nama AJK dan ahli adalah dilampirkan Terima kasih

Monday, March 14, 2011

MEMORANDUM KEPADA PM





As-salamualaikum Saudara / Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Pada 31hb. Januari 2011, selaku Timbalan Presiden MTUC, saya telah berkesempatan untuk turut serta didalam rombongan ke pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya bagi sesi kunjung hormat Pegawai Pegawai baru MTUC dengan YAB Perdana Menteri.

Kesempatan yang ada telah saya gunakan untuk menyerahkan Memo mengenai STATUS PEKERJA JTM YANG TIDAK MENDAPAT PENCEN atas sebab sebab tertentu. Ratusan pekerja terlibat dengan isu tersebut.

Ingin saya nyatakan bahawa isu sebenar yang dibawa adalah akibat kelalaian penjawat awam ketika itu yang telah menyebabkan mereka mereka ini tercicir dari mendapat status PENCEN.

Isu mengenai jumlah Pencen yang kecil, yang selalu di suarakan oleh pekerja yang berpencen, akan dikemukakan semasa sesi Bengkel bersama Kesatuan Kesatuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) , yang dicadangkan pada bulan Jun atau Julai 2011.

Sekian, Salam Hormat.

Friday, March 11, 2011

FORMULA KENAIKAN GAJI

Formula untuk mengira kenaikan gaji

eg. MS Gaji Minima RM1250 + Gaji Maksima RM3578 = RM 4828 bahagi 2 x 3% = RM 73

ikut skala gaji masing masing

Monday, January 17, 2011

KEMAS KINI DATA

  1. Seperti yang telah diberitahu, mulai bulan Februari 2011, perkhidmatan Panel Klinik akan menggunakan "My Kad/My Kid" (kad pengenalan baru).

    Kesatuan di maklumkan bahawa masih ramai di kalangan pekerja dan tanggungan belum lagi mengemaskini data mereka.

    Harus di ingat, sekiranya data tidak di kemaskini, pekerja atau tanggungan akan menghadapi masalah apabila ke Klinik Panel pada 01hb. Februari 2011 dan seterusnya.

    Mengikut rekod syarikat sehingga tarikh e-mail ini jumlah yang belum mengemaskini rekod mereka adalah seperti berikut:-


Negeri Pekerja Tanggungan
Selangor 670 1285

Sila maklumkan kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan untuk di panjangkan kepada ahli-ahli semua.

Bertindak segera bagi mengelak sebarang masalah.

Sekian, Salam Hormat.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Sunday, January 2, 2011

SENARAI AJK NUTE CAW P.JAYA 2010-2013


Mesyuarat Agung Tiga Tahunan NUTE PJ telah diadakan dengan jayanya pada 09/12/10 bertempat di Dewan Serbaguna MBPJ SS5A Kelana Jaya.Perasmian telah dilakukan oleh Datuk Zaini Maatan State VP TM Selangor.Pada mesyuarat tersebut telah diumunkan keputusan senarai AJK NUTE Cawangan Petaling Jaya sessi 2010-2013 seperti berikut:


SENARAI JAWATANKUASA NUTE CAWANGAN PETALING JAYA / CYBERJAYA
BAGI TEMPOH 2010/2013


PAUZI CHE AHMAD
PENGERUSI
PEGAWAI TEKNIK
013-3362323
56340666

RAJAKUMAR SUPRAMANIAM
N/PENGERUSI
PEGAWAI PEMASARAN
013-3448828
77253192

ALAM SHAH BIN MUSA
SETIAUSAHA
PENY. TEKNIK
013-3992515
77849494

AZHAR BIN MUHAMMAD
PEN/SETIAUSAHA
PEM.PEGAWAI TEKNIK
013-3503941

ZULFA MOHD SALIM
BENDAHARI
PEM PEG PEMASARAN
013-3640255
79687968

ZULKIFLI HASHIM
AJK SG WAY
PEM PEG TEKNIK
013-3650610
78799099

ROHAYA LAMZAH
AJK TMN PETALING
PEGAWAI PEMASARAN
013-3331221
79682066

ASMON YATIMAN
AJK KUALA PAUH
PENYELIA TEKNIK
013-3332346
79817777

RUSLI ALWI
AJK SERDANG
PENYELIA TEKNIK
013-3971433
89481777

OTHMAN LAJIS
AJK CYBERJAYA
PEGAWAI TEKNIK
013-6306334
03 83179600

MOHD SYAMSUL MOHD YUSOF
AJK DAMANSARA
PENYELIA PEMASARAN
013-3405870
77285870

Selamat memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

TAHNIAH ATAS KEMENANGAN PRESIDEN NUTE SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN MTUC

NUTE Cawangan PJ mengucapkan Tahniah diatas kejayaan En Mohd Jafar Abd Majid Presiden NUTE yang telah berjaya dalam percubaan kali pertama bertanding sebagai Timbalan Presiden MTUC dalam Kongres Tiga Tahunan MTUC yang diadakan pada 28/12/10 di Bangunan Pekerja
Ladang Jalan Templer P.Jaya .Dalam pemilihan itu juga perwakilan telah memilih Presiden baru En Khalid Atan dengan menumbangkan Presiden Syed Syarir yang memegang jawatan tersebut selama 2 penggal.Tahniah kepada Barisan kepimpinan baru MTUC.

Info,
PAUZI CHE AHMAD
Pengerusi NUTE PJ.