Thursday, June 4, 2009

TNB Pole Sharing

Saya, S.Rajakumar telah menghadir mesyuarat dengan Sistem Technology untuk mengenalpasti baik buruk pole sharing . Perkara yang di bincang adalah seperti berikut:

1. Ujian kabel yang di jalankan di Kg Melayu oleh Research Team TM, ujian dilakukan diatas kabel TIME Telekom.

2. Perjanjian Pole Sharing di berikan kepada FiberRail Sdn Bhd oleh TNB. Kerja-kerja penyelenggaraan akan di lakukan oleh mereka.

3. Pihak RNO tidak berapa setuju dengan cadangan ini kerana terdapat banyak masalah.

4. Bagi pihak NUTE saya telah memberitahu bahawa walaupun Fibre Rail akan melakukan penyelenggaraan lambat laun pihak TM akan mengambil alih kerja-kerja ini kalau Fibre Rail tutup perniagaannya dan ini akan melibatkan pekerja TM. Keselamatan pekerja perlu dijaga kerana pekerja TM tiada kemahiran dalam kerja-kerja penyelenggaraan di atas tiang
TNB. Saya mencadangkan supaya suatu Panduan Kerja mesti disediakan oleh TM sebelum perkara ini di implimentasi.

5. Pihak Sistem Technology memberitahu perkara ini hanya di peringkat kajian sahaja dan banyak perkara perlu dikaji dan di teliti.Kalau di implimen pun akan memakan masa beberapa
tahun lagi.


Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1 tengahari

Rajakumar
Naib Pengerusi

No comments:

Post a Comment