Monday, June 8, 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN (LUAR BIASA) KALI KEDUA NUTE

Saudara Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Alhamdulillah setelah berbincang di peringkat Urusetia Ibupejabat NUTE dan mendapat KATA SEPAKAT dengan Tuan Haji Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden NUTE, maka dengan ini adalah di-istiharkan bahawa PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN (LUAR BIASA) KALI KE-DUA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI (NUTE), SEMENANJUNG MALAYSIA, akan di adakan pada hari SELASA, 30 HB. JUN 2009 bersamaan 7 Rejab 1430 di Kuala Lumpur, insyaallah.

Pihak Urusetia Ibupejabat NUTE akan mengeluarkan Surat Rasmi / Surat Jemputan kepada semua Pegawai Pegawai Kanan & Exco NUTE serta para WAKIL WAKIL Cawangan Ke Persidangan Perwakilan yang telah pun diumumkan di Mesyuarat Agung 3 Tahunan Cawangan masing masing.

Oleh yang demikian sila pastikan semua Cawangan telah pun mengemukakan Senarai/Butiran lengkap nama nama Wakil Wakil Ke Persidangan Pewakilan 3 Tahunan NUTE ke Ibupejabat NUTE.

Lain lain maklumat serta dokumen dokumen berkaitan Persidangan akan menyusul selepas ini.

Sila pastikan saudara saudari melapangkan diri pada tarikh tersebut kerana bagi yang tidak dapat datang, tidak boleh diganti dengan ahli lain ahli.

Sekian,Salam Hormat.

Wasalam.

MOHD JAFAR ABD MAJID
Setiausaha Agung NUTE.

No comments:

Post a Comment