Tuesday, June 30, 2009

PESIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN NUTE 2009

Selasa 30 jun 2009.
Bertempat di Hotel Federal Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis tersebut dengan jayanya.Majlis telah disempurnakan perasmiamnya oleh Dato' Abdul Aziz Abu Bakar yang turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TM,NUTE,wakil SUTE,UTES ,mantan Naib-naib Presiden NUTE,Perwakilan dan juga pemerhati.

Diakhir Majlis tersebut juga telah diumunkan keputusan pengundian NUTE oleh Ketua Peneliti Undi Sdra Najmudin Ahamad.Tahniah kepada kepimpinan baru NUTE.

PRESIDEN
MOHD JAFAR B. ABD MAJID ,PPN,PMC

TIM PRESIDEN
MAHAMUD B. MOHD ZAKARIA,BKM

SETIAUSAHA AGUNG
ZULKIPLI B. NOOH

BENDAHARI AGUNG
PAUZI B. CHE AHMAD

NAIB PERESIDEN TENGAH
TN HJ ABD HADI JOBAK

NAIB PRESIDEN SELATAN
TN HJ MOHAMAD B. AHMAD

NAIB PRESIDEN TIMOR
MOHD IDRIS B.SULAIMAN

NAIB PRESIDEN UTARA
ROMANI B WAN SALIN

NAIB PRESIDEN WANITA
PUAN HANUM

TIM S/U AGUNG
AB RAHIM B YUSOF

TIM BENDAHARI AGUNG
NOORSHAH B. OSMAN,PJK

Sunday, June 28, 2009

SEMINAR OSHE DI KELANTAN

Bertempat di Kota Bharu Kel telah berlangsung satu Seminar OSHE dari 21 jun-24 jun 2009.
Pengerusi NUTE PJ Pauzi Che Ahmad turut serta dalam program tersebut.Tahniah untuk Tn Hj Nordi kerana telah menjaya merealisasikan program yg julung kali diadakan itu serta penglibatan tuan rumah,Kelantan yg sungguh hebat terutama dalam upacara penutup.

Monday, June 8, 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN (LUAR BIASA) KALI KEDUA NUTE

Saudara Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Alhamdulillah setelah berbincang di peringkat Urusetia Ibupejabat NUTE dan mendapat KATA SEPAKAT dengan Tuan Haji Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden NUTE, maka dengan ini adalah di-istiharkan bahawa PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN (LUAR BIASA) KALI KE-DUA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI (NUTE), SEMENANJUNG MALAYSIA, akan di adakan pada hari SELASA, 30 HB. JUN 2009 bersamaan 7 Rejab 1430 di Kuala Lumpur, insyaallah.

Pihak Urusetia Ibupejabat NUTE akan mengeluarkan Surat Rasmi / Surat Jemputan kepada semua Pegawai Pegawai Kanan & Exco NUTE serta para WAKIL WAKIL Cawangan Ke Persidangan Perwakilan yang telah pun diumumkan di Mesyuarat Agung 3 Tahunan Cawangan masing masing.

Oleh yang demikian sila pastikan semua Cawangan telah pun mengemukakan Senarai/Butiran lengkap nama nama Wakil Wakil Ke Persidangan Pewakilan 3 Tahunan NUTE ke Ibupejabat NUTE.

Lain lain maklumat serta dokumen dokumen berkaitan Persidangan akan menyusul selepas ini.

Sila pastikan saudara saudari melapangkan diri pada tarikh tersebut kerana bagi yang tidak dapat datang, tidak boleh diganti dengan ahli lain ahli.

Sekian,Salam Hormat.

Wasalam.

MOHD JAFAR ABD MAJID
Setiausaha Agung NUTE.

Thursday, June 4, 2009

TNB Pole Sharing

Saya, S.Rajakumar telah menghadir mesyuarat dengan Sistem Technology untuk mengenalpasti baik buruk pole sharing . Perkara yang di bincang adalah seperti berikut:

1. Ujian kabel yang di jalankan di Kg Melayu oleh Research Team TM, ujian dilakukan diatas kabel TIME Telekom.

2. Perjanjian Pole Sharing di berikan kepada FiberRail Sdn Bhd oleh TNB. Kerja-kerja penyelenggaraan akan di lakukan oleh mereka.

3. Pihak RNO tidak berapa setuju dengan cadangan ini kerana terdapat banyak masalah.

4. Bagi pihak NUTE saya telah memberitahu bahawa walaupun Fibre Rail akan melakukan penyelenggaraan lambat laun pihak TM akan mengambil alih kerja-kerja ini kalau Fibre Rail tutup perniagaannya dan ini akan melibatkan pekerja TM. Keselamatan pekerja perlu dijaga kerana pekerja TM tiada kemahiran dalam kerja-kerja penyelenggaraan di atas tiang
TNB. Saya mencadangkan supaya suatu Panduan Kerja mesti disediakan oleh TM sebelum perkara ini di implimentasi.

5. Pihak Sistem Technology memberitahu perkara ini hanya di peringkat kajian sahaja dan banyak perkara perlu dikaji dan di teliti.Kalau di implimen pun akan memakan masa beberapa
tahun lagi.


Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1 tengahari

Rajakumar
Naib Pengerusi