Sunday, May 3, 2009

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
DALAM SYARIKAT GLC


KENYATAAN AKHBAR

01. RINTIHAN BAYARAN PENCEN
KEPADA KAKITANGAN SYARIKAT GLC

Kakitangan dari Syarikat-Syarikat yang bergabung dengan GLC seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Pos Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi. Yang telah diswastakan pada pertengahan Tahun 80’an menghadapi bayaran pencen dari Kerajaan yang amat kecil ada yang terima pencen sekadar RM 130.00 sebulan.

Bayaran ini berdasarkan tempoh perkhidmatan yang singkat kerana perkhidmatan seperti diatas diswastakan, oleh kerana tempoh perkhidmatan singkat maka kadar bayaran pencen yang diterima selepas bersara kecil.

Kakitangan Kerajaan yang berkhidmat lebih 25 Tahun kini menerima bayaran pencen minima sebanyak RM 720.00 sebulan. Jika perkhidmatan diatas tidak diswastakan sudah tentu kebanyakan kakitangan ini akan menerima bayaran pencen yang sama iaitu RM 720.00 ataupun lebih.

Kami juga memohon Kerajaan mengkaji semula kadar bayaran pencen kerana jumlah tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan diri sendiri dan bagaimana mahu membantu keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah.

Bayaran pencen RM 130.00 sebulan termasuk dalam golongan paras kemiskinan.





02. PERUBAHAN KERAP DALAM SYARIKAT GLC

Perubahan amat drastik dalam Syarikat GLC bukan sahaja Hala Tuju Perniagaan malahan pengambilan orang luar dengan bayaran gaji yang lebih tinggi. Kebolehan pekerja-pekerja dalaman dipinggirkan dan kurang diberi kepercayaan serta dipandang rendah. Pengambilan pegawai-pegawai atasan pula meluas tapi tiada perubahan yang dapat dilakukan dan setiap kali ada saja perubahan maka ramailah orang atasan naik pangkat dan kos juga meningkat. Hasilnya ramai anggota-anggota dalaman kecewa lalu diterjemahkan apabila ada pilihanraya umum.

03. UMUR PERSARAAN 58 TAHUN

Diantara syarikat-syarikat dalam GLC pun berbeza mengenai umur persaraan ada yang 55 tahun, ada yang 56 tahun dan ada yang 58 tahun. Memandangkan Kerajaan telah melanjutkan umur persaraan sehingga 58 tahun, maka Syarikat GLC sepatutnya mengiktiraf dan mengikut langkah Kerajaan melanjutkan umur 58 tahun.

RUMUSAN

Satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi tujuan menghantar satu memorandum kepada Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Malaysia supaya campurtangan bagi menyelesaikan kemusykilan diatas.

Kami juga memerlukan satu halatuju yang jelas dari Khazanah/Kerajaan mengenai masa depan pekerja-pekerja dalam Syarikat GLC.

Salam Hormat



MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Syarikat GLC
Tarikh : 28.04.2009

No comments:

Post a Comment