- Seperti yang telah diberitahu, mulai bulan Februari 2011, perkhidmatan Panel Klinik akan menggunakan "My Kad/My Kid" (kad pengenalan baru).
Kesatuan di maklumkan bahawa masih ramai di kalangan pekerja dan tanggungan belum lagi mengemaskini data mereka.
Harus di ingat, sekiranya data tidak di kemaskini, pekerja atau tanggungan akan menghadapi masalah apabila ke Klinik Panel pada 01hb. Februari 2011 dan seterusnya.
Mengikut rekod syarikat sehingga tarikh e-mail ini jumlah yang belum mengemaskini rekod mereka adalah seperti berikut:-
Negeri Pekerja Tanggungan
Selangor 670 1285
Sila maklumkan kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan untuk di panjangkan kepada ahli-ahli semua.
Bertindak segera bagi mengelak sebarang masalah.
Sekian, Salam Hormat.
MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE