Sunday, May 31, 2009

Pembetulan

Kursus diadakan dari 25/5/09-29/5/09.
tq

KURSUS ADVANCE EAP

Bertempat di TM Resort Langkawi seramai 7 AJK NUTE PJ telah mengikuti dan menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.Kursus tersebut diadakan dari 26/5/09-29/6/09
Mereka yang terlibat:

1.PAUZI CHE AHMAD
2.ABD HADI JOBAK
3.ALAM SHAH MUSA
4.ZULKIFLI HASHIM
5.ASMON YATIMAN
6.ROHAYA LAMZAH
7.MD JIZET MD JUNIT.

T.Kasih kpd Tn Hj ZUL dan Pn Muhaini Musa.

Wednesday, May 13, 2009

Mesyuarat Agung NUTE Cawangan Petaling Jaya Kali Ke 2

Bertempat di Dewan MBPJ SS5A/15 pada 12hb Mei 2009 telah berlangsung Mesyuarat Agung NUTE Cawangan Petaling Jaya Kali Ke 2 yang disempurnakan Perasmian oleh Datuk Zaini Diman VP TM Selangor.Majlis turut dihadiri oleh Tn HJ Shafie BP Mammal Presiden NUTE dan juga menyampaikan ucapan.Wakil dari HC Selangor En Ahmad Jaafar juga turut hadir.
Sambutan menggalakan telah diberikan oleh Ahli NUTE PJ.

Keputusan pemilihan AJK dan Juga Perwakilan NUTE PJ(2007/2010) telah diumunkan oleh Ketua Peneliti Undi En Md Jizet seperti berikut:

Pengerusi
PAUZI CHE AHMAD

Naib Pengerusi
S.RAJAKUMAR

Setiausaha
ALAM SHAH MUSA

Pen S/Usaha
AZHAR MUHAMAD

Bendahari
ZULFA BT MOHD SALIM

AJK Damansara/TDI
MOHD SYAMSUL MOHD YUSOP

AJK SWY,KLJ,LTS,SBJ
ZULKIFLI HASHIM

AJK PKNS,PJC, TNP,TM Point
ROHAYA BT LAMZAH

AJK Tmn Desa,KPU,SBS,BKO
ASMON YATIMAN

AJK Serdang,Kajang,BGI,Semenyih
RUSLI ALUWI

AJK Cyberjaya,Putra Jaya,KIN,PCG,USJ
MURUGIAH AL RATHENAM


PERWAKILAN CAWANGAN NUTE PJ

1.S.RAJAKUMAR
2.ALAM SHAH MUSA
3.AZLAN ANUAR
4.ZULFA BT MOHD SALIM
5.ISMAIL YUSOF
6.ZULKIFLI HASHIM
7.ASMON YATIMAN
8.ROHAYA LAMZAH
9.MURUGIAH AL RATHENAM

Tuesday, May 12, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya sebagai Pengerusi NUTE PJ yg baru dilantik mengucapkan terimakasih kepada semua ahli NUTE PJ yang telah meluangkan masa menghadiri Mesyuarat di Dewan MBPJ pada 12 May 2009.

Terima kasih yg tak terhingga juga kepada Datuk Zaini Diman,Tn HJ Mohamed Shafie Bp Mammal,En Ahmad Jafar,En Naldeson dan Tn HJ Ab Hadi Jobak yg telah sama-sama hadir memberikan sokongan kpd kami.

Salam.

PAUZI CHE AHMAD
Pengerusi NUTE PJ.

Monday, May 4, 2009

KELULUSAN PELEPASAN KEPADA AHLI-AHLI NUTE CAWANGAN PETALING JAYA UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

Subject: FW: KELULUSAN PELEPASAN KEPADA AHLI-AHLI NUTE CAWANGAN PETALING JAYA UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

Tuan/Puan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perkara di atas dirjuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Human Capital SSO Selangor telah memberi pelepasan kepada Ahli-Ahli NUTE Cawangan Petaling Jaya untuk menghadiri mesyuarat Cawangan yang akan diadakan pada 12.05.2009 ( Selasa). Pelepasan adalah diberi dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Adalah diharapkan tuan/puan dapat memeberi kebenaran kepada anggota-anggota tuan/puan yang terlibat untuk menghadiri mesyuarat tersebut yangmana akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Zaini Diman, VP Sales Selangor.

Bersama-sama ini dimajukan surat kelulusan untuk makluman tuan/puan.

Sekian. Salam hormat.

HC SSO Selangor.

Sunday, May 3, 2009

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA
DALAM SYARIKAT GLC


KENYATAAN AKHBAR

01. RINTIHAN BAYARAN PENCEN
KEPADA KAKITANGAN SYARIKAT GLC

Kakitangan dari Syarikat-Syarikat yang bergabung dengan GLC seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Pos Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi. Yang telah diswastakan pada pertengahan Tahun 80’an menghadapi bayaran pencen dari Kerajaan yang amat kecil ada yang terima pencen sekadar RM 130.00 sebulan.

Bayaran ini berdasarkan tempoh perkhidmatan yang singkat kerana perkhidmatan seperti diatas diswastakan, oleh kerana tempoh perkhidmatan singkat maka kadar bayaran pencen yang diterima selepas bersara kecil.

Kakitangan Kerajaan yang berkhidmat lebih 25 Tahun kini menerima bayaran pencen minima sebanyak RM 720.00 sebulan. Jika perkhidmatan diatas tidak diswastakan sudah tentu kebanyakan kakitangan ini akan menerima bayaran pencen yang sama iaitu RM 720.00 ataupun lebih.

Kami juga memohon Kerajaan mengkaji semula kadar bayaran pencen kerana jumlah tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan diri sendiri dan bagaimana mahu membantu keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah.

Bayaran pencen RM 130.00 sebulan termasuk dalam golongan paras kemiskinan.





02. PERUBAHAN KERAP DALAM SYARIKAT GLC

Perubahan amat drastik dalam Syarikat GLC bukan sahaja Hala Tuju Perniagaan malahan pengambilan orang luar dengan bayaran gaji yang lebih tinggi. Kebolehan pekerja-pekerja dalaman dipinggirkan dan kurang diberi kepercayaan serta dipandang rendah. Pengambilan pegawai-pegawai atasan pula meluas tapi tiada perubahan yang dapat dilakukan dan setiap kali ada saja perubahan maka ramailah orang atasan naik pangkat dan kos juga meningkat. Hasilnya ramai anggota-anggota dalaman kecewa lalu diterjemahkan apabila ada pilihanraya umum.

03. UMUR PERSARAAN 58 TAHUN

Diantara syarikat-syarikat dalam GLC pun berbeza mengenai umur persaraan ada yang 55 tahun, ada yang 56 tahun dan ada yang 58 tahun. Memandangkan Kerajaan telah melanjutkan umur persaraan sehingga 58 tahun, maka Syarikat GLC sepatutnya mengiktiraf dan mengikut langkah Kerajaan melanjutkan umur 58 tahun.

RUMUSAN

Satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi tujuan menghantar satu memorandum kepada Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Malaysia supaya campurtangan bagi menyelesaikan kemusykilan diatas.

Kami juga memerlukan satu halatuju yang jelas dari Khazanah/Kerajaan mengenai masa depan pekerja-pekerja dalam Syarikat GLC.

Salam Hormat



MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Syarikat GLC
Tarikh : 28.04.2009